Pelumba lebuhraya negara, Mohd Harrif Salleh memiliki kelebihan untuk mempertahankan pingat emas acara kriterium, hari ini apabila memakai jersi teknologi "aero race" yang banyak dimiliki pasukan Pro Tour.

Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan jersi berteknologi tinggi ini untuk memberi kelebihan kepada pelumba Malaysia.

Jersi aero race ini sudah diuji dalam terowong angin dan diiktiraf paling aerodinamik untuk pelumba basikal.

Lebih menarik, hanya pelumba Malaysia dilihat memiliki jersi ini sesuai dengan status pemenang dua pingat emas acara lebuhraya dua tahun lalu.

"Dengan jersi tahap keyakinan saya makin meningkat kerana memakai jersi membelah angin ini membolehkan kami lebih laju lagi," kata Pelumba lebuhraya negara, Mohd Harrif Salleh.

"Banyak peningkatan terhadap skuad berbasikal negara kerana ia merupakan kelebihan buat negara berbanding pasukan Asia Tenggara yang lain kerana ia lebih aerodinamik," kata pelumba lebuhraya negara, Anuar Manan.

"Tahun 2017 ini skuad berbasikal membuat eskperimen, jersi ini lebih aerodinamik. Dengan warna jersi yang baru, pelumba-pelumba emas lebih teruja," kata pelumba lebuhraya negara, Adiq Husainie Othman.

Lebuhraya menawarkan dua pingat emas hari ini menerusi kriterium lelaki dan wanita di Putrajaya.

Malaysia akan diketuai Harrif sementara Jupha Somnet mengemudi cabaran pelumba wanita.