Pelumba basikal negara, Mohamed Harrif Salleh, merangkul emas dalam acara kriterium yang berlangsung di Dataran Putrajaya, sebentar tadi.

Saingan kriterium yang menyaksikan atlet berbasikal melakukan sembilan pusingan litar sejauh lima kilometer.

Pelumba Terengganu Pro Asia Cycling itu berjaya menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 59:35 minit. Malaysia turut dihadiahkan pingat gangsa menerusi Mohd Zamri Salleh.

Sementara itu, pelumba wanita negara, Jupha Som Net meraih pingat perak apabila gagal untuk memintas Nguyen Thin That dari Vietnam di garisan penamat.

Thin That melakukan catatan 1 jam 02 minit 09.170 saat manakala pelumba Thailand, Jutatip Maneephan, meraih gangsa.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.