Wakil Malaysia dan Jepun menyaksikan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia mendominasi peringkat suku akhir, esok.

Antaranya adalah beregu wanita, Gan Min Yee-Koh Jun Yuan, yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Vanee Gobi-Lee Sin Jie 22-20, 21-18.




Meskipun menang dalam aksi straight set, mereka tidak menyifatkan ia perlawanan yang mudah apabila lawan memberi tekanan dengan perbezaan mata yang sengit.

"Kami main sahaja, tidak mahu berikan tekanan kepada diri sendiri," kata Min Yee di Putrajaya, petang tadi.

Jun Yuan pula berkata: "Rejaman lawan kuat dan kami melepaskannya.

"Jadi kami perlu fokus kepada kawalan bulu tangkis."




Dalam pertarungan membabitkan beregu lelaki remaja negara, Aaron Tai-Khang Khai Xing, yang turut memastikan slot ke saingan suku akhir selepas menewaskan rakan senegara, Haziq Najib -Huan Kai Hern 21-15, 21-18.

"Perlawanan ini agak sengit sikit sebab hari ini kami kurang berkomunikasi di atas gelanggang.

"Badan pun mula terasa penat memandangkan ini kejohanan kelima berturut-turut kami.

"Kami mahu ke final, oleh itu kami berharap dapat bermain bagus esok," kata Khai Xing.

Begitupun, Jeremy Juan-Fazriq Razif selaku pilihan kedua beregu lelaki gagal merealisasikan ramalan apabila kecundang kepada wakil Indonesia, Alif Fajdray-Yordan Gunawan, 15-21, 21-16, 15-21.

Jadual esok: