Lebih 360 pemain akan berentap dalam Kejohanan Badminton Bawah 18 tahun Kebangsaan di Akademi Badminton Perak, Ipoh dari 4 hingga 8 April ini.

Menurut Setiausaha Persatuan Badminton Perak, Mohamed Zambri Bahari, kali ini Perak diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah menganjurkan kejohanan berprestij itu.

"Perak diberi mandat untuk pusingan pertama ini. Saya harap kejohanan ini akan menjadi medan pemain-pemain remaja untuk bersaing di peringkat tertinggi kebangsaan.

"Lagipun, yang hadir berentap bukan calang-calang pemain. Mereka mempunyai ranking terbaik untuk kategori remaja. Saya harap peminat, khasnya penduduk Ipoh, dapat hadir menyaksikannya," ujarnya.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah kemenangan berjumlah RM16,000, dengan juara
perseorangan lelaki akan membawa pulang RM1,500 manakala perseorangan wanita
RM1,000.

Johan beregu lelaki pula meraih RM 2,200 dan beregu wanita RM1,500.