BADMINTON MASTERS JEPUN - Junior Tewaskan Senior


November 16, 2023 04:07 MYT
Gandingan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie / Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan menewaskan pasangan itu dalam aksi tiga set untuk mara ke suku akhir,
Set pertama menyaksikan Soon Huat-Shevon menang dengan keputusan 21-16, sebelum Tang Jie-Ee Eei pastikan perseteruan mereka berterusan ke set penentuan hasil kemenangan set kedua 21-13...
Set penentuan jelas memihak kepada Tang Jie / Ee Wei dengan beberapa siri kesilapan Soon Huat / Shevon membawa padah sekaligus membolehkan Tang Jie / Ee Wei menang 21-13.
Sementara itu satu lagi beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng / Lai Pei Jing mara ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Won Ho / Jeong Na Eun dalam straight set.
Selepas terikat 4 sama di set pertama, Kian Meng / Pei Jing pamer aksi bertenaga untuk menang 21-14.
Set kedua sedikit sengit tetapi pasangan Korea itu tidak dapat mematahkan momentum Kian Meng / Pei Jing yang menang 21-17 dalam tempoh 36 minit permainan.
#badminton #Masters Jepun