Kejayaan wakil Singapura, Loh Kean Yew, dinobat juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol, malam tadi seharusnya membuka Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bagi bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, perancangan negara Seberang Tambak itu membuahkan hasil apabila Kean Yew menewaskan pemain pilihan ke-12, S Kidambi, dalam pertarungan final yang berkesudahan 21-15, 22-20.

Ini kali pertama pemain dari Asia Tenggara menjadi juara dunia badminton sejak Taufik Hidayat melakukannya selepas mengalahkan Lin Dan pada 2005.

"Apabila pemain kelahiran yang dilahirkan di Pulau Pinang menjuarai dunia, ini satu tamparan. Bukan sahaja kepada pemain sendiri, khususnya pengurusan iaitu BAM.

"Bagaimana bakat dari Malaysia boleh terlepas kepada negara lain. Main sekali terus dapat kejuaraan.

"Bukan Kean Yew sahaja yang mendapat tawaran biasiswa daripada Singapura, malah Cheam Jun Wei dan Goh Jin Wei juga pernah ditawarkan tetapi menolaknya.

"Mungkin Kean Yew berasa agak payah untuk menyertai pasukan kebangsaan di Malaysia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.





Aksi beregu lelaki pula menyaksikan pemenang pingat perak edisi 2019, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, mengalahkan Hee Ji Ting-Tan Qiang, juga dalam aksi dua set.

Ini merupakan kali pertama wakil dari Jepun itu meraih emas dalam Kejohanan Dunia.

Cuma nasib tidak menyebelahi gandingan beregu campuran dari Matahari Terbit itu yang terpaksa akur kepada satu lagi wakil ASEAN, Thailand.

Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai mengalahkan Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-13, 21-14 dalam 46 minit untuk dinobatkan juara.

Dalam beregu wanita, pilihan utama kejohanan, Chen Qingchen-Jia Yifan, menepati ramalan apabila menundukkan Lee So-hee/Shin Seung-chan dengan straight set.

Ini kali pertama China mendominasi semula kategori ini sejak 2017.

Sebelum itu, mereka mengungguli kejohanan berkenaan 14 kali berturut-turut dari 1995 hingga 2018 sebelum Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara memecah dominasi itu.

Juara dunia perseorangan wanita pula jatuh kepada Akane Yamaguchi selepas dia mengatasi Tai Zhu-ying.