Badminton Dunia BWF: Perjuangan dua beregu campuran negara tamat dalam suku akhir

Muzaffar Musa
Ogos 26, 2022 10:13 MYT
Perjuangan dua beregu campuran profesional negara dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF tamat dalam pusingan suku akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi.
Beregu pilihan kelapan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, jelas tidak dapat menandingi gandingan pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.
Pasangan negara itu hanya dapat bertahan selama 28 minit sebelum akur dengan kekalahan 9-21, 9-21.
Turut menempa nasib sama adalah pilihan ke-11, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang terpaksa akur dengan kekentalan pasangan tuan rumah, yang juga merupakan pilihan ketiga kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.
Biarpun mempamerkan aksi melawan dalam set pertama, Soon Huat dan Shevon terpaksa akur melepaskan set berkenaan dengan kekalahan 17-21.
Pertarungan selama 40 minit itu akhirnya ditamatkan mereka dengan kekalahan 13-21 dalam set berikutnya.
#badminton #Lai Pei Jing #Tan Kian Meng #Goh Soon Huat #Shevon Lai #Badminton Kejohanan Dunia BWF