Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr Norza Zakaria, percaya kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditabalkan sebagai juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF akan menyemarakkan lagi semangat badan induk itu untuk menyasarkan beberapa lagi kejohanan besar.

Norza menganggap kejayaan di Pusat Gimnasium Metropolitan Tokyo, semalam sebagai tonik terbaik untuk merealisasikan tiga impian besar sejak memimpin BAM pada 2017.

"Saya menangis kegembiraan.




"Kita dah ada ramai presiden, sembilan.

"Saya meletakkan tiga (misi) dalam senarai sasaran (sebaik dilantik sebagai presiden) iaitu Kejohanan Dunia, rampas Piala Thomas masih kosong sudah dan satu lagi, Sukan Olimpik , masih kosong lagi.

"Kami akan berusaha keras untuk mengembalikan kegemilangan badminton Malaysia.

"Dengan pemain yang ada, kami sudah produk dan di landasan untuk kekal sebagai kuasa besar badminton," katanya ketika ditemui menyambut ketibaan Aaron-Wooi Yik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.