Dua gandingan muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Mun, Tidak rela sekadar menjadi pemerhati sepanjang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 apabila mahu mencabar tempat dalam skuad utama.

Selain mereka, Malaysia turut membariskan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik-Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei.

Kai Wun-Wei Chong berputih mata apabila langsung tidak diturunkan dalam kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Oktober lalu.

Justeru, berbekalkan kejuaraan Piala Syed Modi bulan lalu, gandingan muda itu menjelaskan mereka sudah bersedia memikul tanggungjawab menghadirkan mata buat negara seandainya diturunkan.




"Saya berkeyakinan tinggi. Kami pernah beraksi sekali dalam Piala Sudirman tahun lalu dan bermain di Malaysia pada kali ini, kami akan menang," kata Wei Chong.

Walaupun dijangka sebagai beregu ketiga, mereka mungkin diberi kesempatan dalam aksi kedua berdepabnKazakhstan -- sehari selepas berhitung dengan Singapura, Rabu ini.

Sementara itu, Kai Wun tidak mahu mensia-siakan peluang untuk terus membina momentum baik di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pula.

"Kami baru memenangi kejohanan bulan lalu. Kami sedang dalam rentak yang baik.

"Kami mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih," katanya.