BAC: Izzuddin-Sze Fei ke suku akhir

Najmi Iman
April 11, 2024 08:58 MYT

Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei, berjaya layak ke suku akhir selepas pasangan dari China, terpaksa menarik diri ekoran kecederaan yang di alami oleh salah seorang dari pasangan itu.

Mereka bertemu dengan lawan yang berada di kedudukan nombor 11 dunia itu bermula dengan sengit dan pasangan beregu Malaysia itu berjaya mengutip mata untuk meraih kemenangan 21-11.

RESULTS: #BAC2024 R16#MAS?? Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani def. #CHN?? He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-11 retired *FeiDin through to QF after their opponents forced to retire due to injury ? @badmintonphoto#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/vCRhNvXJmD

— BAM (@BA_Malaysia) April 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sejurus sebelum set kedua bermula, pasangan dari China itu terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri selepas didapati mengalami kesakitan ketika bermain di set pertama.

Keputusan itu yang berakhir dengan hanya 19 minit itu menyaksikan Izzuddin-Sze Fei akan ke suku akhir pada esok hari.

#badminton #Goh Sze Fei #Nur Izzuddin #Kejohanan Badminton Asia