Skuad badminton negara dinobatkan sebagai juara keseluruhan acara itu dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) menerusi pertambahan dua lagi pingat emas hari ini.

Dalam final acara perseorangan lelaki di Ubon Ratchathani, wakil negara, Faiz Rozain, tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 21-13, 21-8 ke atas lawan dari Indonesia, Muhammad Radi Zafran Ferary.

Pingat emas kedua pula disumbangkan beregu wanita, Teoh Lexuan-Yap Rui Chen, yang menewaskan rakan senegara, Desiree Siow-Ng Qi Xuan, 18-21, 22-20, 21-11.

Terdahulu, skuad Badminton negara turut meraih emas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita.

*Kredit foto: Sukan IPT