Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, menasihati perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, agar tidak berasa terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapinya dalam Seluruh England, minggu lalu.

Dalam laluannya ke final, pemain kelahiran Kedah itu menumpaskan jaguh utama dan nombor dua dunia, Kento Momota dan Victor Axelsen, untuk melonjak ke tangga kesembilan dunia.

"Rejamannya paling deras di dunia ketika ini, ia membantunya mengutip mata.

"Dia perlu mencari jalan untuk mendorong lawannya untuk memberikan hantaran tinggi.

"Pemain pada hari ini gemar membuat pukulan ke garisan, bukan di depan jaring.

"Dia mempunyai ketinggian dan kekuatan, jadi dia boleh menjadi pemain lebih handal lagi.

"Apabila pemain dari negara seperti China kembali beraksi, dia perlu memperagakan aksi lebih tinggi," katanya.

Tambah James, Zii Jia perlu terus membina reputasinya di pentas dunia tetapi Sukan Olimpik Tokyo pada Julai depan mungkin terlalu awal.


A new Olympic medal ? contender has arrived. ??

Posted by BWF — Badminton World Federation on Thursday, March 25, 2021


Sehubungan itu, BAM perlu mempunyai perancangan rapi dalam usaha menentukan hala tuju terbaik buatnya.

"Belum masanya untuk dia memenangi pingat emas Sukan Olimpik kali ini, mungkin temasya seterusnya.

"Dia baru berusia 22 tahun, dia masih ada 10 tahun yang baik lagi untuk mengharungi kariernya. Dia perlu teruskan momentumnya.

"Ada ramai pemain negara yang pernah muncul juara sebelum memudar."