Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, membuktikan bahawa beregu wanita negara masih lagi berbisa.

Berdepan misi sukar untuk menundukkan pilihan pertama, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, dalam perlawanan ketiga Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia di Thailand hari ini, mereka tidak menunjukkan sebarang kegugupan.

Malah, turun dengan semangat tinggi apabila mengawal permainan dan juga emosi untuk melakarkan kemenangan dua set dalam tempoh 49 minit.

Mendominasi dengan mendahului 11-4 sebelum lawan dari Indonesia itu merapatkan jurang kepada 11-14, Mei Kuan-Meng Yean kekal tenang.

Beregu di ranking ke-14 dunia itu hanya menyerahkan dua mata saja lagi kepada Greysia -Priyani sebelum menamatkan set pertama 21-13.

Set kedua, beregu Malaysia itu mendahului 12-6 sebelum hilang fokus yang membolehkan pencabar merapatkan jurang kepada 12-14.

Namun, selepas kembali tenang, Mei Kuan -Meng Yean berjaya menguasai permainan untuk menamatkan set kedua 21-17.


RESULTS: World Tour Finals Group A #MAS ?? Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean def. #INA ?? Greysia Polii-Apriyani Rahayu...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, January 28, 2021


Dengan beregu Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, sudah mengesahkan slot pertama, Mei Kuan -Meng Yean terikat sama mata dan sama set dengan Greysia -Apriani.

Begitupun, rekod pertemuan lebih baik memihak kepada beregu Malaysia itu berdasarkan kejayaan ini sekali gus mengisi slot separuh akhir kedua Kumpulan A.