Tenis Wanita Abu Dhabi: Dua pilihan juara tersingkir 

By Shaiful Shamsudin 12 January 2021 47
 Tenis Wanita Abu Dhabi: Dua pilihan juara tersingkir 
Dua pilihan utama, Sofia Kenin dan Elina Svitolina, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Terbuka Tenis Wanita Abu Dhabi malam tadi. 

Kenin pernah mengalahkan Maria Sakkari dua kali dan di laluan tepat untuk mempertahankan rekod 100 peratus itu ketika mendahului set pembukaan.

Bagaimanapun, Sakkari yang sempat berdepan dua mata akhir mengejar mata lawannya untuk kemenangan 2-6, 6-2, 6-0 selepas sejam jam 23 minit bertarung.

"Saya melakukan terlalu banyak kesilapan besar dalam situasi yang tidak perlu. Tetapi saya gembira kerana sekali lagi menemui jalan untuk mengubah perlawanan," kata pemain kesembilan itu kepada wartawan.

 

Lawan selanjutnya buat Sakkari adalah Aryna Sabalenka, yang melebarkan rentak kemenangannya kepada 13 perlawanan selepas berhempas pulas menandingi Elena Rybakina dalam aksi tiga set.

Pilihan keempat itu belum tewas sejak disingkirkan Ons Jabeur dalam Terbuka Perancis 2020 -- dia melunaskan dendamnya dalam pertemuan Ahad lalu. 

Dalam satu lagi perebutan tiket ke separuh akhir, Veronika Kudermetova sekali lagi menghancurkan hajat Svitolina.

Pemain dari Russia itu - yang hanya menang sekali terhadap lawannya itu dalam Jelajah WTA -- mempamerkan ketangkasannya untuk kemenangan 5-7, 6-3, 7-6 (7-3).

Dia akan menentang seorang lagi wakil Ukraine, Marta Kostyuk, yang memadam set pembukaan buruknya untuk mengetepikan pemain Sepanyol, Sara Sorribes Tormo, 0-6, 6-1, 6-4.


 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment