Tenis Terbuka Eropah: Juara bertahan, pilihan utama tersingkir di Hamburg

By Shaiful Shamsudin 23 September 2020 41
 Tenis Terbuka Eropah: Juara bertahan, pilihan utama tersingkir di Hamburg
Daniil Medvedev tersingkir daripada pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Eropah selepas rebah 6-4, 6-3 kepada Ugo Humbert.

Pemain nombor lima dunia itu kembali beraksi buat kali pertama sejak muncul finalis Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan terlepas peluang kejuaraan Grand Slam kepada Dominic Thiem dan pilihan utama di Hamburg berkenaan dikalahkan set straight.

Humbert, yang mengatasi Kevin Anderson dan Fabio Fognini juga melalui straight set dalam Terbuka Antarabangsa Itali minggu lalu, kembali mengulangi persembahan yang mengagumkan -- kejayaan sulung ke atas pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia --  untuk mara selepas sejam dan 22 minit pertarungan. 

Pemain Perancis berusia 22 tahun itu memastikan Medvedev gagal mendapatkan rentak dalam aksi pertamanya di atas gelanggang tanah liat sejak Terbuka Perancis tahun lalu, untuk membuat perhitungan dengan Jiri Vesely dalam pusingan kedua.
 

Harapan juara bertahan, Nikoloz Basilashvili, untuk mempertahankan kejuaraannya berkecai selepas kalah kepada Roberto Bautista Agut 4-6, 3-6 sementara pilihan ketiga, Gael Monfils, juga tunduk kepada Yannick Hanfmann dengan keputusan sama. 

Fognini pula bangkit untuk mengetepikan Philipp Kohlschreiber dan Karen Khachanov memadam dua 'break point' untuk melangkah ke pusingan selepas menjinakkan Jan-Lennard Struff.

Felix Auger-Aliassime menyingkirkan Lorenzo Sonego 6-2, 7-6 (7-2) manakala Cristian Garin mudah melepasi halangan Kei Nishikori menerusi kemenangan set straight.

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment