Kejohanan Antarabangsa Itali: Nadal bertenaga catat kemenangan sulung dalam tempoh enam bulan 

By Shaiful Shamsudin 17 September 2020 37
Kejohanan Antarabangsa Itali: Nadal bertenaga catat kemenangan sulung dalam tempoh enam bulan 
Rafael Nadal memperagakan aksi berkarat ketika dia membenam cabaran Pablo Carreno Busta dalam Kejohanan Tenis Antarabangsa Itali, di Rom. 

Beraksi buat julung kalinya sejak menjuarai Terbuka Mexico pada 29 Februari lalu sebelum aktiviti sukan itu tertangguh akibat COVID-19, Nadal menundukkan rakan senegara dari Sepanyol, 6-1, 6-1 dalam tempoh 73 minit.

Carreno Busta memberikan saingan sengit kepadanya -- seperti ketika mengheret Alexander Zverev dalam pertarungan lima set ketika mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

Nadal selaku pemain nombor dua dunia bakal berhitung dengan Milos Raonic atau Dusan Lajovic dalam pusingan 16. 

 

Kedua-dua pemain mengelak 'break point' dalam servis pembukaan masing-masing sebelum Nadal mengungguli lima 'game' berturut-turut untuk memenangi set pembukaan. 

Carreno Busta bermula garang dalam pembukaan set kedua tetapi ia tidak bertahan lama untuk menyekat Nadal yang mula memenangi setiap game. 

Walaupun peratusan servis pertama hanya 49 peratus, Nadal hanya meraih satu break point dalam pertemuan itu untuk melanjutkan rekod bersih enam kemenangan ke atas Carreno Busta. 

Kemaraan itu menyusuli kemenangan Novak Djokovic yang dilihat tidak terkesan dengan pembabitannya dalam Terbuka AS  ketika menundukkan Salvatore Caruso 6-3, 6-2.

Sementara itu, pemain remaja tuan rumah, Jannik Sinner, merakam kemenangan hebat 6-1, 6-7 (9-11), 6-2 ke atas pilihan ketiga, Stefanos Tsitsipas, untuk melakar kemenangan kedua terhadap pemain berstatus antara 10 terbaik dunia. 

Seorang lagi pemain tempatan, Matteo Berrettini, turut menyerlah ketika menewaskan Federico Coria dengan set straight sementara Marin Cilic mengalahkan pilihan keenam, David Goffin, 6-2, 6-2.

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment