Delbonis perkemas aksi ke suku akhir 

By Shaiful Shamsudin 6 April 2021 26
Delbonis perkemas aksi ke suku akhir 
Federico Delbonis mudah melepasi pusingan 16 sementara Soonwoo Kwon terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi Holger Vitus Nodskov Rune dalam Kejohanan Tenis Terbuka Andalucia, awal pagi tadi. 

Pemain pilihan kelapan, Delbonis, dua kali dipatahkan servis dalam set pertama ketika berdepan Roberto Carballes Baena sebelum bangkit untuk meraih kemenangan 7-5, 6-1 di Marbella.

Dia akan menentang Norbert Gombos yang berjuang mengalahkan Juan Ignacio Londero 6-7 (3-7), 6-1, 6-3 untuk menempah tiket ke suku akhir gelanggang tanah liat itu.

Kwon berdepan rintangan ketika menentang pemain nombor satu remaja, Rune, yang lebih menyerlah di peringkat awal. 

Walaupun ketinggalan 1-3 dalam set ketiga, pilihan ketujuh itu terus kental sebelum menang 6-3, 3-6, 7-6 (7-4).

Ricardas Berankis pula mengecapi kemenangan 6-4, 6-7 (5-7), 7-5 ke atas Lucas Pouille selepas kurang tiga jam beraksi. 

Sementara itu, dua pemain pilihan, Tommy Paul dan Guido Pella, masing-masing tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Sardegna kepada Yannick Hanfmann dan Egor Gerasimov.

Pemain pilihan kelapan, Paul, bangkit selepas mensia-siakan pendahuluan 4-1 dalam set pertama untuk mara dengan 7-6 (10-8), 5-7, 6-3, sementara pilihan ketujuh, Pella tewas 4-6, 0-6, dalam set straight kepada Gerasimov.
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment