Covic-19: Murray pasrah pembatalan kejohanan

By Shaiful Shamsudin 2 April 2020 16
Covic-19: Murray pasrah pembatalan kejohanan
Andy Murray menyatakan kesedihannya bahawa Kejohanan Grand Slam Wimbledon telah dibatalkan sambil mengatakan soal kesihatan dan keselamatan harus menjadi keutamaan di sebalik penularan wabak koronavirus baru (Covid-19). 

Kelab All England Lawn Tennis semalam mengesahkan bahawa saingan grand slam itu yang sepatutnya diadakan pada 29 Jun depan tidak akan diteruskan buat pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua.

Pengumuman itu sudah pun dijangkakan ekoran penyebaran Covid-19 yang telah meragut nyawa lebih daripada 46,000 orang di seluruh dunia.

Murray, pemenang dua kejohanan utama di London itu, berharap dapat membuat kemunculan semula di Miami bulan lalu selepas dilanda kecederaan pinggul. 

Bekas pemain nombor satu dunia itu sememangnya kecewa tidak dapat beraksi di SW19 dan Queen's Club tahun ini, namun dia sedar penganjur tidak mempunyai pilihan.

Dia menyatakan hal tersebut di Facebook: "Sangat sedih bahawa Kejohanan Fever-Tree dan Wimbledon telah dibatalkan tahun ini tetapi oleh kerana apa yang sedang berlaku di dunia sekarang, kesihatan semua orang pasti menjadi keutamaan utama!

"Saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke gelanggang rumput tahun depan! Semoga semua orang kekal selamat dan sihat. # StayHomeSaveLives."

ATP dan WTA mengumumkan penggantungan kejohanan kelolaan mereka sehingga 13 Julai depan, tetapi penganjur Terbuka AS mengatakan kejohanan itu akan diteruskan mengikut jadual.

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment