Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mengangkat rakan sepelatihnya, Mohd Shah Firdaus Sahrom, untuk mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, akan turun berdepan bekas juara remaja dunia, Conor Rowley, dalam Kejohanan Keirin Victoria, Ahad ini, dengan misi mencatat kejayaan 100 peratus musim 2021.
Tiga penerjun negara diketuai jaguh senior, Leong Mun Yee, terlepas peluang menyertai saingan pemanas badan Sukan Olimpik Tokyo apabila siri dunia yang sepatutnya bermula di China, hujung bulan ini ditunda.
Bekas jaguh perseorangan negara, Roslin Hashim, menganggap Lee Zii Jia perlu sentuhan drastik sekiranya tidak mahu berputih mata dalam pemburuan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Atlet Olimpik harus menjadi antara barisan pertama yang menerima vaksin COVID-19 agar Sukan Olimpik Tokyo dapat diteruskan, menurut anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dick Pound.
Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, hampir menarik diri, dalam acara keirin Kejohanan Kebangsaan Australia ekoran jadual pertandingan yang terlalu panjang.
Penerjun negara menambah tiga lagi pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Terjun Antarabangsa Atas Talian Malaysia untuk muncul juara keseluruhan.
Jaguh lompat jauh negara, Andre Anuar Anura, di landasan tepat untuk melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, 8.22 meter.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican, memberi jaminan persiapan kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo serta Sukan SEA di Vietnam tahun depan bakal menerima dana khas.
Persekutuan Renang Malaysia (PRM) memberi jaminan membantu jaguh kuak dada wanita, Phee Jinq En, untuk kembali ke Amerika Syarikat (AS) itu supaya mampu berlatih bagi persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.