Jurulatih skuad taekwondo poomsae negara, Yap Yih Ting, kecewa dengan aksi skuad kendaliannya dalam Sukan SEA Ke-30 apabila hanya mampu meraih satu pingat emas dan dua gangsa.

Satu-satunya emas berjaya dibutirkan menerusi gandingan bertenaga Jason Loo dan Nurul Hidayah Karim yang memukau juri dalam kategori poomsae berpasangan campuran.

Dua gangsa pula diraih menerusi Augustine Rudy Grocer dalam kategori individu serta Augustine, Jason Loo dan Yong Jin Kun dalam berpasukan lelaki.

"Agak kecewa kerana kami memiliki sasaran yang lebih tinggi dalam Sukan SEA, namun gagal dicapai," kata Yih Ting.

"Kami telah melakukan perancangan bagi tahun depan, iaitu menyasarkan persembahan yang lebih cemerlang dalam Kejohanan Asia pada bulan Mac serta Kejohanan Dunia pada Mei."

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 7.30 malam ini.