Rawatan positif kaki tiup keyakinan Danial Syahmi 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Disember 2020 123
 Rawatan positif kaki tiup keyakinan Danial Syahmi 
Pelumba ZK Racing, Mohammad Danial Syahmi, melaungkan amaran bahawa bercita-cita tinggi untuk menamatkan Kejuaraan Permotoran Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) dalam kelompok terbaik. 

Walaupun terpaksa mengubah gaya dan kemahiran tunggangannya berikutan kecederaan itu, pelumba Program Pembangunan Bakat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tersebut tetap menyasarkan untuk mencapai kedudukan tiga terbaik menjelang pusingan pembukaan IATC di Qatar, Mac depan. 

Laporan khas Nadi Arena mendedahkan tulang betis kanan pelumba itu hancur sepanjang 10 sentimeter tetapi selepas 10 bulan mendapatkan rawatan intensif di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), dia melalui proses pemulihan sepanjang 13 sentimeter. 

Danial kini menjalani latihan seperti biasa bersama pelumba-pelumba lain kecuali berlari memandangkan tulang betisnya masih tidak mampu menampung tekanan.

"Jumaat lalu, imbasan menunjukkan tulang kaki saya semakin kuat. 

"Ia memberikan saya lebih keyakinan dalam tunggangan kerana kalau jadi apa-apa, saya selamatkan kaki terlebih dahulu," katanya selepas perlumbaan musim ini dibatalkan.



Happy Birthday to Danial Syahmi! 🎉🎁🎈 Keep on pushing to be the best version of yourself! 💪🏻 #YouGotThis

Posted by ZK Racing on Sunday, November 22, 2020

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment