MSBK 2020 buka tirai April depan 

Oleh Bernama 30 Disember 2019 31
MSBK 2020 buka tirai April depan 
Peminat sukan permotoran tanah air bakal disajikan dengan aksi hebat pelumba berbakat negara menerusi penganjuran Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) musim 2020 yang bakal membuka tirai April depan.

Kejuaraan kebangsaan yang merangkumi lima pusingan itu akan berlangsung secara eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dengan Pusingan Pertama pada 3-5 April.

Ia diikuti aksi Pusingan Dua pada 7-9 Ogos yang akan berlangsung serentak dengan Kejuaraan Asia Talent Cup.

Pusingan Tiga hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 ekoran persamaan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Pusingan Tiga itu bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan pada saingan Pusingan Enam ARRC 2020 yang dijadualkan pada 25-27 September.

Aksi penutup tirai bagi edisi 2020 bakal menyaksikan dua pusingan berlangsung serentak, iaitu Pusingan Empat dan Pusingan Lima pada 16 hingga 18 Oktober.

-- BERNAMA

 

Tentang Penulis

Bernama

Comment