Itulah perkongsian ketua jurulatih skuad boling padang negara, Zuraidi Puteh, yang optimis pasukan yang lengkap bakal dibentuk dalam persiapan awal menuju ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Dia menjelaskan perubahan persekitaran baru banyak membantunya mengenali kelemahan atlet secara dekat walaupun terpaksa bermula daripada asas.

Dua sesi dibahagikan kepada 10 pemain dalam satu masa ekoran kekangan menjalani latihan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Gabungan pemain senior dan baharu bakal mewarnai skuad kebangsaan mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk sekurang-kurangnya meraih lebih daripada satu pingat emas daripada edisi terdahulu.



"Mulanya kerisauan itu ada tapi apabila pagi tadi masuk latihan seoalh-olah tidak sabar untuk menjalani latihan. Apa yang mengembirakan saya, dalam beberapa sesi latihan yang hari ini, mereka sudah mendapat adaptasi yang baik di dalam padang.

"Saya rasa ini banyak membantu kerana semasa Perintah Kawalan Pergerakakn (PKP) kita ada latihan fizikal dan kecergasan yang diubah suai. Contoh seperti membaling menggunakan bola kita tukar dengan bola tenis. Adaptasi itu dapat diseragamkan dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menyesuaikan diri dan itu sangat mengembirakan," kata Zuraidi yang diwawancara oleh wartawan Nadi Arena, Haliza Hamzah.

Pengendali itu turut menegaskan bahawa tiada lagi kerisauan wujud dalam memastikan pencapaian terbaik menjelang kejohanan terdekat seperti Piala Asia dan Piala Dunia tahun depan.

Bagi atlet negara, Muhammad Hizlee Abdul Rais,"Mungkin kita dah buat kondisi kekuatan di rumah dan tak banyak perbezaan dari situ."

Sementara seorang lagi atlet negara, Auni Fathiah Khamis, menjelaskan, "Dalam balingan sebentar tadi terasa kekok kerana lama tak baling dan insya-Allah dalam kelemahan itu kita boleh perbaiki."