Tiger Woods sudah 'sedar, responsif dan pulih' berikut prosedur pembedahan yang panjang pada kaki kanan dan pergelangan kaki selepas kemalangan kereta yang hampir membawa maut semalam.

Woods 'bernasib baik' terselemat daripada kemenangan satu kenderaan di California yang menyaksikan juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Bintang Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA -- di mana dirinya tertusuk besi ke dalam kakinya, dengan skru serta pin digunakan untuk menstabilkan kaki dan pergelangan kakinya.

Woods, yang terpaksa dikeluarkan daripada kenderaannya menggunakan peralatan khas, baru sahaja pulih daripada kecederaan belakang menjelang saingan Masters di Augusta April ini.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan mesej yang luar biasa selama masa sukar ini," menurut kenyataan dikeluarkan di Twitter rasmi Woods.

"Seperti yang telah disampaikan sebelum ini, Tiger terlibat dalam kemalangan dengan kereta tunggal pada awal pagi ini di California. Dia telah menjalani prosedur pembedahan yang panjang di kaki kanan bawah dan pergelangan kaki setelah dibawa ke hospital.

"Dia kini terjaga, responsif dan pulih di bilik hospitalnya. Terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang hebat di Pusat Perubatan Habor-UCLA, Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles, dan Jabatan Bomba. Sokongan dan bantuan anda sangat baik.

"Tidak ada kemas kini lebih lanjut buat masa ini dan kami terus mengucapkan terima kasih atas harapan dan privasi anda untuk dia dan keluarganya."