Dana White mengatakan bahawa dia belum berbincang dengan Conor McGregor mengenai pertarungannya yang seterusnya sambil presiden UFC itu yakin Mike Tyson sudah mempunyai perancangan menjelang kejohanan tinju yang dilaporkan akan kembali.

Bintang UFC, McGregor, tidak bertarung sejak Januari lalu dan atlet dari Ireland itu sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke gelanggang oktagon berkenaan di sebalik krisis Covid-19.

McGregor menyuarakan hasratnya di media sosial dengan menyeru Justin Gaethje pada awal bulan ini setelah atlet kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu menumbangkan Tony Ferguson dalam pertarungan UFC 249 di gelanggang tertutup, Jacksonville, Florida.

Ditanya mengenai McGregor, White meminta bekas juara kelas featherweight dan lightweight UFC itu supaya menunggu gilirannya.


Here’s some Muscles, some diamonds, and a smile for all my fans, I love yous all ❤️

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma) on



"Conor dan saya belum bercakap mengenai pertarungan," jelas White kepada ESPN.

"Sekiranya anda adalah Conor, sedang duduk di rumah kemudian semua orang menyeru anda dalam setiap kategori. Siapakah yang akan menjadi lawan berikutnya?

"Saya sedang menunggu Daniel Cormier (kelas heavyweight) mencabarnya. Conor, dengan personalitinya itu pasti akan bertindak balas.

"Saya rasa apa yang perlu dilakukannya adalah duduk diam dan membiarkan pertarungan mula dilangsungkan, Jelas sekali, kelas paling penting adalah divisyen lightweight. Kita lihat apa yang akan berlaku kelak."

Dalam arena tinju pula, atlet legenda, Tyson berhasrat untuk membuat kemunculan semula.

Anything is possible when you are smart about it. Train Smart. Recover Smarter. @smartcups #SmartCups #baddestmanontheplanet #stillthebaddestmanontheplanet @tysonranchofficial @coppergel #tysonranch SmartCups.com

A post shared by Mike Tyson (@miketyson) on



Kali terakhir bekas juara heavyweight itu bertarung secara profesional adalah pada 2005 tetapi atlet berusia 53 tahun berkenaan telah berusaha keras membentuk badannya dan dikhabarkan sedia berdepan Evander Holyfield, Tito Ortiz mahupun Tyson Fury.

"Awalnya, saya berkata bahawa saya tidak mahu Mike kembali bertarung,'" katanya lagi.

"Bahkan saya telah menyediakan sebuah program televisyen buat Mike untuk cuba dan menjauhkan dirinya daripada pertarungan. Tetapi Mike Tyson adalah seorang lelaki dewasa, dia boleh melakukan apa sahaja yang dimahukannya. Dia seorang yang gagah, sudah bersedia dan dalam keadaan yang sangat baik.

"Apa yang saya dengar daripada mereka, mereka sudah mempunyai perancangan, sesuatu yang besar.

"Dia sudah bersedia. Kami sempat berbincang dan dia berkata, 'dengar sini, saya berkobar-kobar. Saya mahu kembali bertarung'. Oleh itu, saya memberinya sokongan penuhnya."