Penerjun negara menambah tiga lagi pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Terjun Antarabangsa Atas Talian Malaysia untuk muncul juara keseluruhan.

Wendy Ng mencuri tumpuan apabila bangkit untuk menakluki acara 3 meter individu papan anjal wanita sementara dua lagi emas diraih secara percuma dalam kejohanan yang disertai lima negara iaitu Singapura, Jepun, Australia, New Zealand dan Malaysia selaku tuan rumah itu.

Selepas cemerlang bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam 3m papan anjal seirama di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, atlet berusia 27 tahun itu mengatasi rakan senegaranya itu dengan pungutan 305.25 mata sementara atlet Australia, Esther Qin.

"Kami beraksi dengan sangat baik dalam kategori 3m papan anjal seirama.

"Dalam kategori individu pula, markah (yang diperoleh) juga meningkat berbanding kejohanan terdahulu tapi kami boleh melakukan yang lebih baik lagi," katanya yang akan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Wendy-Nur Dhabitah kini memburu tempat dalam acara 3m papan anjal seirama wanita pula selepas masing-masing berjaya mengesahkan slot dalam acara 3m papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo.

Dalam masa sama, 10m platform seirama wanita dan 3m papan anjal seirama lelaki menyaksikan gandingan Leong Mun Yee-Pandelela Rinong serta Chew Yiwei -Ooi Tze Liang menjadi peserta tunggal dalam kedua-dua acara itu.

5 Emas ? dan 2 Perak ? berjaya diraih atlet terjun negara di Malaysia International Online Diving Competition yang...

Posted by Team Malaysia on Sunday, December 6, 2020