Presiden UFC, Dana White, percaya Khabib Nurmagomedov akan keluar daripada persarannya untuk melebarkan rekod kemenangannya kepada 30-0.

Khabib, 32, secara mengejut mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje untuk mempertahankan kejuaraan lightweight dalam pertarungan UFC 254 minggu lalu.

Tetapi White berasakan Khabib akan kembali bagi menghormati bapanya, Abdulmanap, yang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 pada Julai lalu.

"Khabib dan saya sudah berbincang," katanya kepada CBS Sports.

"Dia benar-benar amat beremosi pada malam itu dan sepanjang melalui pertarungan berkenaan.

"Saya dapat rasakan dia akan menyasarkan rekod 30-0," katanya.

White menambah: "Saya fikir dia tidak akan bersara.

"Bapanya mahukan dia mencapai rekod 30-0 dan saya fikir dia mahu menghormati permintaan bapanya."

"MMA","UFC","Dana White","Khabib Nurmagomedov"