Triathlon harap kelonggaran SOP kolam renang 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Februari 2021 205
Triathlon harap kelonggaran SOP kolam renang 
Presiden Persatuan Triathlon Malaysia, Ramzul Hakim, menegaskan atlet kebangsaan ketika ini amat terkesan dengan penularan wabak COVID-19. 

Sukan yang memerlukan asas tiga disiplin terutama larian, berbasikal dan renang itu menghadapi kekangan untuk menjalani latihan renang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

"Ketika ini mereka hanya mampu cuba mengekalkan kecergasan.

"Buat masa ini, mereka boleh berlatih di kawasan masing-masing dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) sementara berbasikal di tempat tertutup, atlet kini boleh berbasikal secara maya.

"Untuk berlari pula, mereka masih boleh melakukannya dalam lingkungan 10km di tempat tinggal masing-masing.

"Larangan ke kolam sebenarnya amat memberi kesan kepada atlet memandangkan SOP ketika ini sama sekali tidak membenarkan mereka untuk berenang.

"Saya harap pihak kerajaan dapat memberi kelonggaran untuk kami mengadakan latihan. 

"Kami boleh patuhi SOP misalnya menghadkan kehadiran atlet dan dengan itu , ia boleh memotivasi atlet bagi mengekalkan kecergasan, " katanya dalam Nadi Weekend hari ini. 

 

Let’s play our part in the community by adhering to the guidelines and SOPs. #malaysiatriathlon #kitajagakita

Posted by Malaysia Triathlon - Persatuan Triathlon Malaysia Baru on Thursday, January 14, 2021


Ramzul mengakui pemilihan bagi atlet yang akan membarisi skuad negara ke saingan Sukan SEA Hanoi, hujung tahun ini, akan menjadi lebih mencabar. 

Ini kerana gangguan dalam penilaian prestasi yang bergantung kepada keadaan semasa. 

"Kami ,asoj ada lagi masa tetapi kalau SOP ini kekal hingga pertengahan tahun ini, ia boleh mendatangkan masalah pemilihan untuk atlet kebangsaan.

"Kami akan hantar atlet tetapi (kebimbingan utama) saya ialah latihan mereka yang mungkin akan terjejas."

 

Triathlon will be included in 2021 Seagames. https://e.vnexpress.net/news/sports/vietnam-names-four-more-disciplines-for-2021-sea-games-4175646.html

Posted by Malaysia Triathlon - Persatuan Triathlon Malaysia Baru on Wednesday, October 14, 2020


* imej hiasan


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment