Fury mengumumkan menerusi Twitter hujung minggu lalu bahawa perlawanan dengan Joshua "100 peratus jadi" pada 14 Ogos di Arab Saudi.
Tiga kejuaraan dipegang Joshua -- IBF, WBA dan WBO sementara gelaran WBC dipegang Fury bakal jadi taruhan dalam perlawanan yang dinanti-nantikan itu.
Menggelar dirinya sebagai 'Tyson of Arabia', merujuk kepada filem 1962 -- Lawrence of Arabia -- Fury memuat naik semalam, "Masa untuk mengambil kembali apa yang saya tidak pernah tewas.
"Semua gelaran adalah milik saya!"
Time to take back what I never lost.
— TYSON FURY (@Tyson_Fury) May 17, 2021
Every belt there all mine chump! pic.twitter.com/nBDYizOlGX
Namun, Daily Star melaporkan kemungkinan komplikasi kerana Deontay Wilder, yang dikalahkan oleh Fury Februari lalu setelah keputusan awal yang penuh kontroversi, telah mendakwa menuntut pertarungan trilogi.
Daripada membayar sejumlah wang kepada petinju Amerika itu bagi membuka ruang buat Fury bertemu Joshua, juara WBC itu harus mempertahankan gelarannya bertemu Wilder pada 15 September.