Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, tersenarai dalam acara 10m individu platform Piala Dunia Tokyo, bermula 18 April ini.

Ia merupakan kelayakan terakhir dalam usahanya ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Lebih menarik, Malaysia akan turut diwakili bekas gandingan Jun Hoong, Pandelela Rinong, yang sudah layak ke temasya itu.

Pemilihan Jun Hoong membuktikan kesediaan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bertolak ansur kerana beberapa penerjun seperti Leong Mun Yee dan Kimberly Bong juga mampu bersaing dalam acara itu.

18 penerjun terbaik acara individu akan memastikan mereka layak ke separuh akhir, sekali gus menempah tiket ke Olimpik Tokyo.

"Saya gembira diberi mengharapkan dan percaya saya.

"Ia sebagai satu motivasi untuk saya bersaing selepas tiga tahun tidak bertanding.

"Saya harap kekal tenang sambil berharap dapat muncul dalam kalangan 18 perenang terbaik," katanya.