'Tempoh paling sukar', demikian luahan jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, yang kini tiada tempat untuk berlatih selepas pusat gimnasium ditutup ekoran kerajaan mengumumkan perniagaan berasaskan sukan tidak dibenarkan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ditambah pula dengan kecederaan bahu yang dialaminya sejak Disember tahun lalu, namun tidak menjadi penghalang buat juara dunia empat kali berturut-turut itu memburu emas sulung Sukan SEA di Hanoi hujung tahun ini.

"Selepas telah menjuarai beberapa kejohanan di pentas Asia dan dunia, Sukan SEA merupakan sasaran saya bagi tahun ini. Tuan rumah serta Thailand merupakan lawan yang paling sukar dalam saingan kali ini," katanya.