Persatuan Tinju Malaysia (PTM) tidak rela berpeluk tubuh selepas kemarau sebarang kejohanan hampir setahun gara-gara masih tiada ketetapan daripada pihak tertinggi untuk prosedur operasi standard (SOP) pertandingan sukan tempur.

Justeru, mereka mengambil inisiatif untuk menghantar atlet ke luar negara berlatih sebagai misi memburu pingat emas Sukan SEA Vietnam 2021

Kegagalan di Filipina, dua tahun lalu, ternyata perit buat PTM yang dalam fasa rombakan untuk kembali menyumbang emas.

Masa pula kian suntuk, dengan hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi temasya dwi-tahunan itu akan kembali Disember depan, badan peneraju negara tersebut bercadang untuk menghantar beberapa peninju prospek untuk berlatih selain menyertai beberapa siri kejohanan di luar negara.

Antara destinasi yang kini dalam perancangan PTM adalah Kazahkstan.

"Kami akan buat tindakan drastik, kami tidak mahu apa yang berlaku di Manila berulang di Vietnam.

"Kami akan pilih atlet yang terbaik yang bersemangat tinggi nak betul-betul nak bertinju.

"Kami telah menilai beberapa atlet yang berpotensi," kata Presiden PTM, Datuk Iruan Zulkifli.

Bagaimanapun, kesemua kejohanan yang telah dirancang akan ditunda sekiranya penularan pandemik itu menunjukkan peningkatan ketara.

Posted by Malaysiakini (BM Version) on Monday, January 11, 2021


Dalam masa sama, mereka turut mengesahkan bekas ketua jurulatih, Azmi Yunus, sebagai pemangku ketua latihan kem kebangsaan berikutan jurulatih baru, Rustam Saidov, belum dapat melaporkan diri.

"Dalam suikan tempur ini, kalau hanya berlatih tidak mencukupi.

"Ia tidak boleh meningkatkan kemahiran atlet.

"Kalau boleh setiap bulan mesti ada kejohanan untuk sukan tempur ini."