Legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, mengesahkan terima tawaran jawatan ketua jurulatih lebuh raya negara menjelang Sukan SEA Hanoi di Vietnam, November depan.

Rundingan sedang dijalankan untuk menyatukan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) dan team Sapura Cycling ke temasya sukan dwi-tahunan itu.

"Presiden sudah menghubungi saya, tetapi saya belum memuktamadkan keputusan sebab pelumba negara ketika ini adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

"Kini teknologi banyak digunakan jadi jurulatih mempunyai data untuk mengikuti perkembangan mereka, tidak seperti zaman saya yang berlatih dengan kaedah lama.

"Dengan pendekatan ini, pelumba perlu meningkat dan merampas semula pingat emas Sukan SEA.

"Kita bukan sekadar kehilangan pingat, malah (kegagalan ini) menjadi bahan jenaka oleh ramai pihak.

"Kami seharusnya mengkaji tentang kegagalan tersebut," katanya pemenang pingat emas berbasikal lebuh raya Sukan Asia 1970 itu.

Joo Ngan pernah mengendalikan skuad lebuh raya Sukan SEA sebanyak tiga kali, iaitu pada 1987, 1993 dan 2003.

Minggu lalu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menukar jawatan bekas pengendali, Mohd Yusof Abd Nasir, kepada penolong jurulatih.