Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) bergerak lebih proaktif dalam misi meletak kembali prestasi skuad negara ke tahap lebih baik.

SRAM menetapkan 14 September sebagai tarikh sambungan Liga Skuasy Ohana yang terhenti ekoran pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

Badan induk itu bakal menganjurkan Kejohanan Skuasy Kebangsaan bermula 6 hingga 10 Oktober ini.

"Kami akan bermula dengan Liga Skuasy Ohana September ini. Kemudian Kejohanan Kebangsaan pada bulan seterusnya bagi persiapan atlet negara untuk menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia November ini," kata Pengarah Kejurulatih SRAM, Mejar (B) S. Maniam.