Shapawi kecewa Syakilla gagal sertai Kejohanan K1

Oleh Staff Writer 10 September 2019 340
Shapawi kecewa Syakilla gagal sertai Kejohanan K1
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, buntu dengan isu berat badan Syakilla Salni Jefry Krisnan setelah atlet harapan karate do negara itu sekali lagi gagal untuk beraksi dalam Kejohanan K1 di Jepun.

Syakilla dilaporkan gagal menempatkan diri dalam undian kumite bawah 55 kilogram Kejohanan K1 di Jepun minggu lalu  biarpun mendapat jaminan daripada Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) bahawa dia sebelum ini berjaya menurunkan berat badan sehingga 55.8 kilogram ketika latihan pusat di Phuket, Thailand.

Shapawi mengakui kecewa Syakilla tidak dapat mengambil bahagian setelah sesi timbangan menunjukkan perkara sebaliknya dan menunggu laporan penuh daripada pegawai MAKAF
sebaik mereka pulang dari Jepun.

Bagaimanapun, Shapawi bingkas mempertahankan Syakilla masih relevan dalam skuad kebangsaan biarpun satu demi satu kejohanan terpaksa dilupakan ekoran Syakilla gagal menepati piawaian berat badan berdasarkan kategori yang ingin disertai.

"Kami agak kecewa dengan perancangan yang dilakukan gagal. Saya akan menunggu terlebih dahulu sebelum Syakilla tiba di Malaysia dan akan berbincang dengan MAKAF," katanya.

Dalam masa sama, Shapawi menegaskan tiada sebarang amaran atau denda akan diberikan memandangkan peranan MSN hanyalah sebagai pengatur cara untuk membantu menyelesaikan
masalah atlet itu yang dibelenggu isu berat badan sejak awal tahun lagi.

"Kami sebelum ini masih belum pernah mengenakan denda terhadap isu ini, kami akan berbincang terlebih dahulu untuk mendapatkan jalan penyelesaian."

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment