RTT: Zhuliang berpatah arang dengan penerjun negara

Oleh Shaiful Shamsudin 6 Jun 2020 2523
RTT: Zhuliang berpatah arang dengan penerjun negara
Bekas ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, sudah tawar hati dengan skuad kebangsaan dan hanya mahu fokus terhadap bekas juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong. 

Pengendali kelahiran China itu akan melaporkan diri di Bukit Jalil Isnin ini bagi kem latihan program Sukan Olimpik 2021, Road to Tokyo (RTT), sejak ditamatkan kontrak pada 2017.

Zhuliang mengakui kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, bahawa beliau masih kecewa dengan tindakan beberapa penerjun negara yang mendakwa teknik latihannya mewujudkan suasana ketakutan yang menjurus terhadap penamatan kontraknya. 

"Dia (Jun Hoong) mampu melayakkan diri, tiada masalah. 

"Saya hanya melatih Jun Hoong, saya hanya menandatangi kontrak untuk melatihnya," katanya ringkas.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment