Rivers jangka Embiid turun beraksi bersama 76ers

Oleh Ammar Hakim 20 Januari 2021 17
Rivers jangka Embiid turun beraksi bersama 76ers
Ketua jurulatih Philadelphia 76ers, Doc Rivers, berkata dia menjangnakan pemain All-Star, Joel Embiid, akan kembali menjelang pertemuan dengan Boston Celtics.

Embiid direhtakan ketika pasukan tewas 106-104 kepada Memphis Grizzlies ekoran kecederaan lutut, dan pemain All-Star tiga kali itu sekali lagi diketepikan berdepan Oklahoma City Thunder.

Tetapi Embiid mengambil bahagian sesi latihan menjelang pertemuan dengan 76ers.

"Saya menjangkakan dia akan  beraksi," katanya. "Dia telah berlatih, kami tidak membenarkan dia banyak melakukan pergerakan tetapi dia kelihatan cemerlang."

Embiid -- calon awal MVP -- secara purata meraih 25 mata, 11.5 rebound dan 2.9 assist setiap perlawanan untuk 76ers (9-5) musim ini.
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment