Reezal janjikan penambahbaikan struktur pembangunan sukan negara

Oleh Ammar Hakim 18 September 2020 69
Reezal janjikan penambahbaikan struktur pembangunan sukan negara
Tiada program baharu akan diwujudkan bagi menggantikan Program Podium buat atlet negara namun Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican, memberikan jaminan akan ada penambahbaikan bagi mengukuhkan pembangunan sukan negara.

Bagi peringkat awal, Reezal menjelaskan fokus akan terarah kepada perancangan jangka masa pendek, lebih-lebih lagi keperluan persiapan atlet yang terjejas ekoran penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Bagaimanapun, cadangan tersebut masih dalam perincian dan bakal diumumkan kelak.

"Sesetengah atlet yang memerlukan program yang lebih intensif bagi memastikan peningkatan dalam mutu persembahan," katanya.

"Buat masa ini, terdapat pelan jangka masa panjang namun saya tidak mahu menjangkau program sedia ada dan pada waktu ini, hanya penambaikan sahaja dalam program semasa."

Dalam masa sama, Reezal turut menyambut baik usaha bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, yang berhasrat bertanding dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Basikal Negeri Sembilan. 

"Beliau merupakan seorang yang penuh dengan dinamik dan kembali dalam kancah sukan. Saya melihat ia sebagai satu perkara yang positif secara menyeluruh."

Sementara itu, Institut Sukan Negara (ISN) mengorak langkah dengan mempertingkatkan pelan strategik ISN 2020 hingga 2030.

Intipatinya termasuklah 'V30' selaku hala tuju ISN dalam memajukan sukan negara, 'Perform' sebagai hub pengetahuan, program 'Woman Can Coach' dan program kecergasan 'Fit Malaysia X' 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment