Satu daripada lima kes doping akhirnya berjaya diselesaikan apabila atlet muay thai negara, Muhammad Rafi Abdul Manap, dijatuhkan hukuman penggantungan dua tahun.

Hukuman itu dilihat sebagai satu keputusan yang boleh diterima selepas Persekutuan Muay Thai Asia (FAMA) mengurangkan hukuman asal selama empat tahun kepada dua hasil daripada rayuan delegasi kebangsaan yang diketuai Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Muhd Shahnaz Azmi.

Ikuti perkembangan lanjut melalui siaran Nadi Arena pada jam 7:30 malam dan 11 malam di saluran 801 dan 802 (HD).