WALES 43 GEORGIA 14

Wales tidak berdepan masalah untuk menundukkan Georgia 43-14 sebagai permulaan baik dalam Kejohanan Ragbi Piala Dunia, sebentar tadi.


Wales tidak mengambil masa yang lama untuk mengutip mata dalam aksi di Stadium Toyota itu yang menyaksikan Jonathan Davies menghasilkan try pertama pada minit ke-18 sebagai permulaan positif.

Dan Biggar kemudian menghasilkan penalti beberapa saat kemudian untuk Wales terus memperkasakan kedudukan 8-0.

Skuad kendalian Warren Gatland itu tidak henti-henti mengasak lalu menghasilkan satu lagi try dan conversion yang menyukarkan kebangkitan Georgia untuk membawa kelebihan 29-0 menuju rehat.

Georgia cuba mempamerkan kebangkitan selepas itu dan meraih mata menerusi try Shalva Mamu-Kashvili pada minit ke-42.

Namun, Wales tidak berdiam diri dan meraih mata menerusi try tetapi berbeza dengan separuh masa pertama, Georgia masih berkesempatan untuk merapatkan jurang menerusi Levan Chilachava pada minit ke-68.

Georgia kekal meneruskan momentum, namun belum cukup untuk menafikan kemenangan mutlak 43-14 milik Wales.