Acapkali impian ke Piala Dunia berkumandang, pastinya tanggapan sinis diberikan namun buat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), ia bukan 'angan-angan mat jenin'.

Ini kerana projek 12 tahun, yang dinamakan P31 -- sudah pun dimulakan sejak tiga tahun lalu menyasarkan Malaysia akan buat penampilan dalam pentas Piala Dunia 2031.

Projek Ragbi 31 atau P31 adalah agenda utama yang telah pun wujud sejak 2019, dan kini ia diperhalusi dengan penubuhan Akademi Ragbi Malaysia serta Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP).

"Kami telah membuat perancangan Piala Dunia 2031 yang komprenhensif dan dilancarkan dalam masa terdekat," kata Naib presiden KRM, Fahmy Jalil.

Selain itu, usaha untuk merekrut pemain naturalisasi baru juga turut giat dijalankan.

"Untuk meningkatkan permainan mereka sebelum diserapkan sebagai pemain naturalisasi."

Atas kertas, laluan direncana tampak mudah keranan perlu melalui dua fasa sebelum ke Piala Dunia, namun tempoh enam tahun mendatang dilihat penting, kerana Malaysia perlu menawan Asia terlebih dahulu menjelang 2029.

Selepas itu, laluan Malaysia ke Piala Dunia akan ditentukan dalam perlawanan 'repechage' menentang juara Oceania sebelum mengesahkan tempat ke Piala Dunia.