Buat kali pertama sejak tahun 2000, Malaysia tidak akan memiliki wakil lelaki dalam acara terjun Sukan Olimpik apabila kesemua penerjun negara gagal melayakkan diri menerusi Kejohanan Terjun Siri Piala Dunia.

Tamat perjalanan penerjun lelaki negara, Syafiq Puteh serta chew Yiwei di bumi Jepun dalam saingan hari kelima Piala Dunia 2021 dalam acara 3 meter papan anjal.

Dalam pusingan awal, kedua-dua penerjun negara itu gagal menemapatkan diri dalam 18 penerjun ke separuh akhir.

Sekaligus tiada slot ke sukan Olimpik Tokyo bagi acara ini.

Syafiq sekadar meraih kedudukan ke-23 dengan jumlah pungutan 367.35 mata di mana terjunan terakhirnya menjadi mata tertinggi 70.00, dalam enam terjunan.

Ia bukan aksi terbaik Syafiq yang diharapkan dapat mencuri salah satu slot untuk penerjun lelaki ke Tokyo 2021.

Manakala Yiwei di kedudukan ke-43 dengan jumlah pungutan 315.10 mata menyaksikan hanya 18 penerjun terbaik layak ke pusingan seterusnya.

Penerjun lelaki negara mula beraksi dalam Sukan Olimpik 2000 di Sydney dengan diwakili Yeoh Ken Nee dan Azheem Bahari.

Dalam Sukan Olimpik Rio 2016, Malaysia diwakili dua penerjun lelaki, Amsyar Azman dan Ooi Tze Liang.