Piala Dunia FINA: Brooker hadapi cabaran pilih penerjun terbaik

Oleh Ammar Hakim 26 Januari 2021 25
Piala Dunia FINA: Brooker hadapi cabaran pilih penerjun terbaik
Jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker, menghadapi cabaran baru untuk tahun 2021 apabila harus membuat pemilihan penerjun hanya menerusi latihan harian untuk Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo April ini.

Brooker turut berkongsi bahawa cabaran utama penerjun negara kini melibatkan aspek mental disebabkan ia merupakan kejohanan pertama mereka selepas setahun tiada sebarang kejohanan.

"Kami telah berusaha meningkatkan kekuatan mental atlet negara bagi menghadapi kejohanan yang bakal disertai selepas ini," kata Brooker.

"Ia merupakan perkara yang paling penting ketika ini bagi memastikan prestasi mereka tidak terjejas."

Brooker berkata lagi, "Ketika ini setiap atlet telah menampilkan prestasi yang cemerlang dalam sesi latihan dan kini dalam proses pemilihan bagi menghadapi saingan di Jepun April ini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment