Penganjuran kejohanan sedia sahut SOP penyokong 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 Mac 2021 19
Penganjuran kejohanan sedia sahut SOP penyokong 
Sukan selain bola sepak turut mengharapkan kehadiran semula penonton memandangkan kalendar saingan tahun ini baru bermula.

Liga Hoki Malaysia (LHM) yang bermula minggu lalu antara penganjur yang menyambut perkhabaran baik daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, namun sama sekali tidak berkompromi dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan COVID-19. 

"Sukan tidak boleh dipisahkan dengan penyokong, ia mengimarahkan lagi sukan dan menambah semangat pemain. 

"Kita tidak boleh leka, kami perlu pastikan segala kejohanan dijalankan dengan SOP yang betul.

"Tetapi kalau ada garis panduan dan kelonggaran yang diberikan oleh pihak MKN dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan), maka kami akan mengkaji dan melihat.

"Sekiranya perlawanan separuh akhir dan final (boleh dilangsungkan dengan kehadiran penyokong) apa salahnya asalkan kami mengikut SOP yang ditetapkan," kata  Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal. 


 

Kejohanan sukan di stadium/venue dengan kehadiran penonton dibenarkan berkuat kuasa 1 April 2021

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, March 18, 2021


Tambah penganjur Kejuaraan Cub Prix, Ron Hogg, pula: "Kami berharap dalam perlumbaan Mei kelak, penonton boleh kembali seperti biasa"

Bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), ia satu perkembangan positif menjelang penganjuran Terbuka Malaysia bermula 25 Mei depan.

Begitupun, hasrat itu menawarkan dua cabaran besar untuk dilaksanakan dengan efektif.

"Cabarannya untuk memastikan peminat mengikut SOP. 

"Kami perlu pastikan kawalan yang ketat. Kemungkinan ada kenaikan kos dalam pengelolaannya disebabkan SOP ini," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Comment