Novak Djokovic berada di tahap terbaik selepas mengatasi Diego Schwartzman dan di landasan untuk memenangi gelaran kelima Internazionali d'Italia tetapi mengakui pelik berdepan lawan selain Rafael Nadal di final.

Pemain berusia 33 tahun itu mengatasi Casper Ruud 7-5, 6-3 dalam separuh akhir semalam dan di landasan untuk meraih gelaran ke-36 dalam saingan ATP Masters.

Djokovic ketika ini berkongsi bilangan 35 gelaran dengan Rafael Nadal, tetapi pakar gelanggang tanah liat itu dikejutkan dengan penyingkiran dalam pusingan suku akhir di Rome di tangan Schwartzman.

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu, yang berdepan Nadal lima kali di final kejohanan tersebut, tidak akan mengambil mudah Schwartzman selepas dia mengatasi Denis Shapovalov 6-4, 5-7, 7-6 (7-4) dalam satu lagi aksi separuh akhir.

"Hampir kesemua aksi final di gelanggang ini saya akan berdepan Rafa," katanya. "Pelik tidak berdepannya.

"Sejujurnya saya tidaklah cergas seperti lima atau 10 tahun yang lalu, tetapi saya berasakan di tahap terbaik dan gembira bermain di Rome."


"Dengan kehadiran Nadal di final dan tanpanya di final akan memberikan satu perbezaan yang ketara. Namun saya tidak akan memandang mudah sesiapa yang turun di gelanggang esok."