Manny Pacquiao akan bertinju dengan bekas juara UFC, Conor McGregor tahun depan untuk mengumpulkan wang untuk mangsa koronavirus.

Semalam, McGregor -- yang bersara Jun lalu -- mendakwa dia akan kembali ke gelanggang berdepan legenda tinju, Pacquiao, di Timur Tengah tahun depan.

Kem Pacquiao mengesahkan pertarungan itu hari ini, dengan pembantu petinju berusia 41 tahun itu, Jayke Joson berkata menerusi ESPN, "Demi mangsa Covid-19, Senator Manny Pacquiao akan bertinju dengan bintang UFC, Conor McGregor tahun depan.

"Sebahagian besar daripada wang hadiah akan diberikan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan pandemik itu."

McGregor -- yang tidak berdepan mana-mana lawan sejak mengatasi Donald Cerrone Januari lalu -- tewas kepada petinju yang tidak pernah tewas, Floyd Mayweather Jr. Ogos 2017.

Pacquiao (62-7-2) bertinju dua kali tahun lalu, memenangi gelaran WBA (Super) welterweight dengan menewaskan Keith Thurman pada Julai 2019.