Danny Green menjangkakan bintang Los Angeles Lakers, LeBron James akan direhatkan jika musim NBA 2020-21 bermula 22 Disember ini.

NBA dilaporkan telah membuat perancangan 72 perlawanan liga, di mana yang bakal bermula pada Hari Krismas ini.

James, 35, membantu The Lakers memenangi kejuaraan pertama sejak 10 tahun yang lalu selepas mengatasi Miami Heat dalam NBA Finals di Orlando awal bulan ini.

Pertahanan Lakers, Green, 33, memberikan ulasan mengenai perancangan liga yang bakal bermula itu.

"Jika kami bermula Disember ini, saya berasakan ramai pemain yang tidak dapat diturunkan. Saya tidak akan sempat untuk saingan liga itu," kata Green. "Sekiranya saya mesti meneka, kerana kami mempunyai banyak pemain veteran dalam pasukan kami, bukan seperti kita mempunyai banyak pemain muda... untuk memulakan semula dengan pantas, saya tidak akan mengharapkan untuk melihat [LeBron] kembali beraksi Disember ini.

"Saya tidak menyangka akan bertemu dengannya mungkin untuk bulan pertama musim ini. Dia mungkin akan berlatih dengan kami... tetapi saya tidak mengharapkan mereka mahu berada di sana, atau beraksi dengan rela.

View this post on Instagram

Who would be the first person you FaceTime after winning the championship? ?

A post shared by Los Angeles Lakers (@lakers) on



James meraikan kemenangan liga yang keempat selepas membuat penampilan dalam Finals yang ke-11, dengan 28 mata, 14 rebound dan 10 assist ketika berdepan Heat di Walt Disney World Resort, di mana Lakers melengkapkan kemenangan 4-2.

Ia merupakan kejuaraan pertamanya bersama Tthe Lakers, selepas bergelut dengan prestasi dan kecergasan dalam musim pertama di Los Angeles pada 2018-19.