NBA: Clippers temui rentak kemenangan

Oleh Ammar Hakim 13 Ogos 2020 12
NBA: Clippers temui rentak kemenangan
Los Angeles Clippers bangkit dalam saingan NBA sementara James Harden mengalami kekalahan.

Hadir dalam perlawanan selepas tewas kepada Brooklyn Nets, The Clippers berjaya muncul pemenang ke atas Denver Nuggets 124-111.

Paul George dan Kawhi Leonard bertindak sebagai pemacu kemenangan The Clippers, sementara Lou Williams menyerlah sebagai pemain gantian.

George (27 mata), Leonard (26) dan Williams (23) antara yang mengutip mata terbanyak buat The Clippers.
   
Harden meraih 45 mata, 17 rebounds dan sembilan bantuan jaringan, tetapi Houston Rockets tewas kepada Indiana Pacers 108-104.

The Rockets tanpa kelibat Russell Westbrook, yang mengalami kecederaan paha.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment