Legenda pelayaran negara meninggal dunia

Oleh Ammar Hakim 28 November 2020 502
Legenda pelayaran negara meninggal dunia
Legenda sukan pelayaran negara, Yeap Leong Soon, telah meninggalkan dunia.

Jika ditanya kepada ketua jurulatih pelayaran, Affendy Abdullah, siapa mendiang Yeap Leong Soon, pastinya insan yang sudah dikenalinya sejak 35 tahun lalu membawa 1001 kenangan.

Mendiang Yeap berkongsi minat mendalam terhadap dunia pelayaran, pergi selamanya pada usia 67 tahun setelah bertarung dengan penyakit kanser.

"Ini merupakan satu kehilangan yang besar. Dia seorang yang sanggup melakukan pengorbanan demi sukan pelayaran," kata Affendy.

Ramai yang tidak mengetahui namun mendiang Yeap merupakan perintis kepada sukan pelayaran Malaysia dan menjadi antara tunjang skuad negara sehingga nafasnya yang terakhir.

"Dia merupakan seorang yang berpengalaman bagi memberikan ilmu kepada barisan atlet-atlet muda negara. Dia telah banyak memberikan nasihat kepada saya dalam usaha untuk membimbing skuad negara dan membantu daripada setiap aspek."

Pemergian mendiang Yeap boleh diibaratkan sebagai kehilangan sebutir permata berharga untuk sukan pelayaran negara.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment