Kepulangan pemain ragbi negara, Lawrence Petrus, bersama Universiti Australia Barat (UWA) daripada kecederaan belum cukup untuk menghalang kekalahan sulung mereka musim ini.

Tough day at the office against Cottesloe on Saturday and Friday night against Soaks. But events like this only make us...

Posted by UWA Rugby Club on Saturday, August 1, 2020

Biarpun UWA tewas 3-55 kepada Cottesloe dalam aksi kelima liga itu, mereka masih berpeluang mencapai sasaran kelompok empat pasukan terbaik untuk mengintai kemaraan ke separuh akhir.

"Tidak mengapa saya, daripada situ saya dapat kesan kelemahan kami dan aspek boleh ditingkatkan.

"Kami akan terus pandang ke hadapan bagi menghadapi Perth Bayswater minggu depan," katanya kepada Nadi Arena hari ini.